Harga Minyak Meningkat, Laporan API Menjadi Tumpuan

63

Minyak mentah meningkat pada sesi Asia hari ini menjelang laporan bekalan minyak US hari ini dan esok yang dianggar akan turun diluar jangkaan.

Harga minyak West Texas Intermediate di New York Mercantile Exchange bagi bulan September meningkat 0.15% kepada $47.66 setong, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange meningkat 0.22% kepada $50.84 setong.

Institusi Petroleum Amerika (API) akan melaporkan jangkaan bekalan minyak mentah minggu lepas pada hari ini. Data ini kemudian akan dibandingkan dengan data rasmi dari Energy Information Administration (EIA) pada hari Rabu. Kebiasaannya data akan menunjukkan perbezaan yang ketara.

Penganalisis pasaran menjangkakan penurunan sebanyak 3.176 juta tong bekalan minyak di US bagi minggu lepas, 1.527 juta bagi gasoline dan hasil sulingan jatuh sebanyak 620 ribu tong.

Semalam harga minyak berada di paras terendah untuk hari Isnin selepas laporan daripada China menunjukkan permintaan minyak berkurangan bagi bulan Julai dan kebimbangan terhadap usaha OPEC mengurangkan bekalan minyak dunia masih berterusan.

Berdasarkan laporan National Bureau of Statistic (NBS), tapisan minyak di China berjaya menghasilkan 10.71 tong sehari pada bulan Julai, jatuh 500 ribu tong berbanding bulan sebelumnya, dan kadar tersebut adalah terendah sejak bulan September 2016.

Harga minyak tertekan dengan kebimbangan hasil pengeluaran minyak China yang jatuh menghampiri paras 12 bulan terendah akan mengakibatkan pengurangan terhadap permintaan minyak serta mengurangkan bekalan di bawah paras purata 5 tahun.

Tambahan lagi, OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa juga melaporkan peningkatan pengeluaran minyak bagi bulan Julai kepada 33 juta tong sehari walaupun mereka telah bersetuju menghadkan pengeluaran sehingga Mac 2018.

Selain itu, laporan penambahan pelantar minyak US oleh syarikat tenaga Baker Hughes yang bergerak perlahan sejak beberapa bulan yang lalu menunjukkan pengeluaran minyak US bakal berkurangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat