Harga Minyak Mentah Capai Paras Tertinggi Dua Minggu Lalu

46

Harga minyak mentah dunia bergerak lebih tinggi pada Rabu dan mencapai paras tertinggi dua minggu lalu khususnya dalam sesi Eropah, berikutan sentimen positif pasaran dengan kemerosotan jumlah inventori di Amerika Syarikat dalam laporan data EIA pukul 10.30 pm.

Minyak Brent (Brent-oil) naik 0.65% kepada $49.51 setong setakat pukul 10.51 pm, manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) naik 1.27% kepada $46.94 setong.

Harga komoditi hitam ditutup lebih tinggi pada Selasa berbanding Isnin walaupun pada mulanya melonjak lebih tinggi dari pars penutup hari tersebut.

Data yang dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) melaporkan inventori minyak mentah jatuh 4.7 juta tong pada minggu berakhir 14 Julai berbanding jangkaan kemerosotan 3.6 juta.

Jumlah inventori minyak US setakat ini berjumlah 490.6 juta sehingga minggu lalu. Lapora ini juga menyatakan inventori gasolin berkurang sebanyak 4.4 juta tong berbanding minggu sebelum itu yang merosot sebanyak 0.7 juta tong.

Data kali ini sudah tentu melegakan pasaran minyak mentah dengan data API semalam turut merekod kejatuhan inventori di US. Data-data positif ini akan menjadi pemangkin kepada kenaikan harga pasaran jika tiada sentimen buruk lain yang mengganggu keadaan semasa.

Harga minyak mentah dilihat tertekan beberapa minggu lalu berikutan peningkatan pengeluaran dari US yang mengimbangi pemotongan bekalan yang dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.

OPEC membuat perjanjian pertama pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017 sehingga enam bulan dan ia dilanjutkan sekali lagi kepada sembilan bula sehingga Mac 2018 dalam usaha membawa harga pasaran ke tahap optimum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat