Harga Minyak Mentah Dunia Meletup Lagi Tapi Jaga-Jaga…

1,331

Keputusan OPEC+ dan pergolakan yang berlaku di Saudi telah mendorong harga minyak mentah lebih tinggi pada hari ini.

Harga minyak meningkat kepada sekitar $69 setong pada hari Selasa ketika para pelabur menumpukan pada pengetatan penawaran kerana pengurangan pengluaran oleh OPEC+ dan di tengah-tengah meningkatnya harapan pasaran akan pemulihan dalam permintaan.

Harga minyak mentah meningkat ke paras tertinggi sejak pandemik melanda dunia. Baru-baru ini pasukan Houthi Yaman telah menembak peluru berpandu ke arah minyak Saudi pada hari Ahad meningkatkan lagi ketegangan yang berlaku.

Pada sesi pasaran US, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat 51 sen pada $68.75 selepas didagangkan paras terendah $67.61. Sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 37 sen pada $65.42 setong.

Menurut penganalisis,kemorosotan harga baru-baru ini telah mendorong para pelabur untu meningkatkan pembelian. Selain itu mesyuarat OPEC+ yang memutuskan untuk melanjutkan komitmen pemotongan pengeluaran minyak mentah bagi memastikan keseimbangan minyak global turut menyumbang kepada peningkatan harga minyak.

Dengan kekurangan bekalan di pasaran fizikal, penurunan harga minyak cenderung mendorong pemain pasaran meningkatkan pembelian minyak fizikal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat