Harga Minyak Mentah Global Di Bawah Tekanan, Semua Sebab Faktor Dari US

108

Harga minyak mentah global di bawah tekanan selepas data yang dikeluarkan oleh Insititut Petroleum Amerika (API) merekodkan kenaikan stok yang begitu tinggi. Ditambah lagi dengan penguatan nilai matawang US dolar, harga minyak mentah hanya membuat kenaikan sementara pada sesi Selasa.

Data API mencatatkan kenaikan 9.9 juta tong minyak pada minggu berakhir 10 Februari. Data kali ini merupakan kenaikan stok dua kali berturut-turut yang melebihi jangkaan pasaran selepas kenaikan 14.23 juta tong pada minggu sebelum itu.

Minyak WTI (West Texas Intermiediate) susut 32 sen dalam sesi Asia pagi tadi selepas mendapat kenaikan 27 sen pada sesi Selasa. Manakala minyak Brent (Brent-oil) susut 29 sen pada sesi Asia selepas naik 38 sen dalam sesi Selasa.

Penguatan US dolar juga telah memberi impak kepada harga komoditi ini dalam beberapa sesi lepas. US dolar menguat sejak minggu lepas dengan jangkaan Trump akan mengumumkan ‘cukai fenomena’ beberapa minggu lagi. Nilai US dolar yang tinggi telah menyebabkan harga minyak mentah menjadi mahal kepada pelanggan yang menggunakan matawang selain greenback‘.

Bekalan minyak mentah dijangka akan meningkat pada suku kedua tahun ini selepas beberapa laporan sebelum ini menunjukkan peningkatan pelantar minyak di US.

Selain itu, pematuhan kepada perjanjian pemotongan bekalan yang telah dibuat oleh OPEC dan non-OPEC sebelum ini dijangka akan terus menyokong harga minyak mentah untuk terus stabil beberapa bulan lagi walaupun masih ada ancaman oleh pengeluaran dari US. Oleh itu, kita akan terus melihat harga minyak mentah berada di atas $50 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat