Harga Minyak Mentah Global Lemah Dalam Sesi New York

68

Pasaran minyak global didagangkan lemah ketika ini dengan penurunan harga minyak WTI sebanyak $1 dari paras tertinggi hari ini $53.83 kerana kebimbangan peningkatan pengeluaran dari US pada 2017.

Dalam laporan terbaru Baker Hughes  menunjukkan peningkatan dalam jumlah pelantar kepada 529 dari 525 sebelum ini. Ini merupakan peningkatan 10 minggu berturut-turut dan yang tertinggi dalam masa 12 bulan.

Peningkatan dalam laporan Baker Hughes ini mengekalkan jangkaan peningkatan pengeluaran minyak dari US yang sedikit memburukkan sentimen pasaran minyak global ketika ini.

Dalam laporan terkini COT (Commitment of Trader) juga  merekodkan kejatuhan kecil dalam jumlah bersih pembelian (net-long). Walaubagaimanapun, belian bersih masih berada di atas 300,000 dalam masa empat minggu berturut-turut yang menunjukkan kecenderungan harga minyak global untuk  terus stabil.

Dalam masa yang sama, terdapat juga kebimbangan bahawa negara-negara yang dikecualikan daripada pemotongan bekalan seperti Libya, Iran dan Nigeria akan menambah jumlah output mereka.

Segala perkembangan pemotongan keluaran minyak global oleh OPEC akan terus diperhatikan oleh pemain pasaran global kerana kebimbangan terhadap ketidakpatuhan dalam perjanjian pemotongan sebelum ini, dengan faktor US dolar akan terus memberi impak kepada pasaran komoditi ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat