Harga Minyak Mentah Global Pulih Sedikit Selepas Data Ini Dikeluarkan

60

Data stok minyak mentah yang mengejutkan dari AS (Amerika Syarikat) dilaporkan semalam oleh Institut Petroleum Amerika (API) dengan peningkatan hanya 0.53 juta tong pada minggu berakhir 10 Mac berbanding sebelum itu yang merekodkan peningkatan stok sebanyak 11.6 juta di mana data kali ini jauh lebih rendah dari jangkaan pasaran 2.5 juta tong.

Selepas minyak mentah WTI (west texas intermediate) mencapai paras terendah di $47.62 pada Selasa, minyak ini menguat dalam sesi dagangan Asia yang sedang didagang di sekitar $48.89, manakala minyak Brent kini berada di paras 51.57 selepas jatuh ke paras terendah $50.33 setong pada sesi Selasa.

Harga minyak mentah global menjunam semalam berikutan laporan OPEC bulanan yang mengatakan pada Selasa bahawa stok minyak terus meningkat walaupun perjanjian pemotongan bekalan telah dibuat. Ramalan OPEC sendiri menunjukkan pengeluaran akan meningkat pada 2017 dari kalangan bukan ahli OPEC yang menunjukkan usaha bagi membasmi lebihan bekalan bakal sia-sia.

“Walaupun kita telah membuat pemotongan, stok terus meningkat, bukan sahaja di AS tetapi juga di Eropah,” kata OPEC dalam laporan tersebut.

Harga komoditi hitam terus menjunam selepas laporan juga mengatakan Arab Saudi meningkatkan pengeluarannya sebanyak 263,000 tong sehari kepada 10.011 juta dalam sesi Selasa.

 

Malam ini satu lagi data inventori minyak mentah oleh AS akan dikeluarkan dan dijangka akan sejajar dengan data yang dikeluarkan oleh API. Data EIA juga telah meningkat sembilan minggu berturut-turut dan kenaikan besar akan memberi kebimbangan kepada pasaran minyak mentah global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat