Harga Minyak Mentah Kekal Stabil, Data Inflasi AS Jadi Tumpuan!

167

Harga minyak sedikit berubah pada Selasa selepas kenaikannya sesi sebelum ini yang didorong oleh jangkaan permintaan bahan api yang semakin meningkat pada musim panas. Kini, para pelabur kekal berhati-hati menjelang data harga pengguna (PCE) AS.

Niaga hadapan Brent untuk susut 5 sen kepada $85.96 per tong selepas menokok 0.9% pada Isnin. Manakala, minyak mentah WTI pula turun 3 sen kepada $81.60 per tong daripada ia naik 1.1% pada sebelumnya.

Kedua-dua penanda aras meningkat kira-kira 3% minggu lepas menyambung pendakian untuk dua minggu berturut-turut.

Permintaan petrol meningkat dan simpanan bahan api alami kemerosotan apabila Amerika Syarikat yang merupakan pengguna minyak terbesar dunia memasuki tempoh penggunaan kemuncaknya pada musim panas.

Stok minyak mentah AS yang dijangka merosot sebanyak 3 juta tong dalam seminggu telah mula dipaparkan pada Isnin. Stok petrol pula dijangka susut dan inventori sulingan pula meningkat minggu lepas.

Namun, para pelabur kekal berhati-hati tentang potensi kenaikan harga minyak seterusnya berikutan kebimbangan kadar faedah yang tinggi akan mengehadkan pertumbuhan dalam penggunaan bahan api yang memperlahankan ekonomi.

Pengeluaran indeks PCE yang dijadikan panduan Fed untuk inflasi bakal memberi petunjuk kepada prospek kadar faedah seterusnya. Kelewatan pemotongan kadar faedah akan mengekalkan kos peminjaman lebih tinggi untuk lebih lama.

Selain itu, komoditi itu juga disokong oleh serangan berterusan Ukraine terhadap infrastruktur minyak Rusia yang boleh mengurangkan bekalan minyak mentah dan bahan api.

Pada 21 Jun, dron Ukraine menyerang empat kilang penapisan termasuk kilang penapisan Ilsky. Ia merupakan salah satu pengeluar bahan api utama di selatan Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat