Harga Minyak Mentah Kembali Memuncak!

97

Harga minyak mentah kembali rebound pada sesi Asia berikutan keyakinan pasaran yang semakin memuncak terhadap perlaksanaan pembekuan output oleh OPEC.

Bagaimanapun, pada bulan September yang lalu, Arab Saudi dikatakan telah menarik diri dari menyertai perjanjian tersebut bagi membendung pengeluaran minyak mentah.

Kemudian pada Selasa, Institut Petroleum Amerika Syarikat telah melaporkan anggaran minyak mentah bagi minggu lepas. Angka ini akan disusuli oleh data rasmi dari Jabatan Tenaga AS yang bakal dikeluarkan pada Rabu.

Minyak mentah bagi penghantaran Disember di New York melonjak sebanyak 1.96% kepada $44.17 setong. Minyak Brent juga melonjak kepada $45.20 setong.

Semalam, harga minyak mentah tenggelam ke paras terendah selepas pasaran kekal bimbang terhadap isu lebihan global yang masih berterusan.

Hal ini tambah merunsingkan apabila OPEC melaporkan bahawa jumlah pengeluaran minyak mentah meningkat sebanyak 240,000 tong sehari kepada paras tertinggi pada bulan Oktober yang lalu.

Negara Nigeria, Libya dan Iraq dipersalahkan dalam kenaikan ini apabila memberi sumbangan besar terhadap peningkatan ini.

George Soros Kini Hadir Dengan Spekulasi Terhadap Emas

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat