Harga Minyak Mentah Menghampiri Paras Tertinggi Dua Minggu Lalu

38

Harga minyak mentah global semakin menghampiri paras tertinggi pada Jumaat disokong oleh kejatuhan pengeluaran di Amerika Syarikat.

Harga minyak mentah bagi penghantaran Ogos naik 0.89% kepada $45.17 setong. Manakala minyak Brent (Brent-oil) yang didagang di ICE Futures Exchange London naik 0.82% kepada $48.02 setong.

Harga minyak mentah meneruskan kenaikan selepas data Energy Information Administration (EIA) melaporkan kemerosotan 100,000 tong inventori minggu lalu pada minggu berakhir 23 Jun. Ia adalah kejatuhan mingguan terbesar sejak Julai 2016.

Harga minyak berada di bawah tekanan sejak beberapa minggu lalu disebabkan kebimbangan peningkatan pelantar di US seterusnya mengimbangi pemotongan pengeluaran oleh OPEC.

Bulan lalu, OPEC dan non-OPEC melanjutkan pemotongan 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018.

Kumpulan pengeluar minyak ini dijangka tidak akan tergesa-gesa memotong pengeluaran, tetapi mesyuarat yang berlangsung di Rusia bulan depan berkemungkinan akan mempertimbangkan langkah tambahan bagi menyokong pasaran komoditi hitam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat