Harga Minyak Mentah Meningkat Didorong Unjuran Pengeluaran Lebih Rendah

206

Dagangan minyak mentah meningkat pada pasaran sesi Asia didorong oleh sentimen untuk perjanjian dagang semakin meningkat susulan kenyataan optimis Penasihat Ekonomi White House Larry Kudlow terhadap perjanjian AS dan China.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 13 sen kepada $65.47 setong manakala WTI Amerika Syarikat meningkat sebanyak 6 sen kepada $60.20 setong.

Larry Kudlow memberitahu bahawa perjanjian fasa pertama sudah selesai dan dengan perjanjian ini, ia akan membantu untuk meningkatkan eksport Amerika Syarikat ke China sekali gus akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara itu.

Di bawah perjanjian ini, Amerika Syarikat akan mengurangkan beberapa tarif ke atas barang import China sebagai pertukaran kepada pembelian produk pertanian oleh Beijing dengan kuantiti yang ditetapkan.

Penganalisis berkata harga minyak mentah akan terus meningkat pada minggu ini didorong oleh sentimen perdagangan yang optimis dan jangkaan terhadap laporan bekalan minyak mentah oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) akan berkurang.

Pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah juga diunjurkan akan berlaku pada tahun depan disebabkan keputusan penambahan dalam pemotongan pengeluaran yang dibuat oleh OPEC dan sekutunya baru-baru ini.

Selain itu, jangkaan terhadap pertumbuhan ekonomi yang kukuh disebabkan oleh prospek perdagangan yang lebih baik antara dua negara ekonomi gergasi itu juga akan membawa keseimbangan dalam permintaan bekalan minyak pada tahun hadapan.

Sementara itu, dagangan emas catat meningkat meskipun terdapat sentimen perdagangan yang optimis. Niaga hadapan logam kuning naik 0.17% kepada $1,4892.95.

Peningkatan ini dilihat terutamanya didorong oleh dagangan dolar USD yang berhati-hati kerana terdapat segelintir pelabur yang masih dibayangi oleh kekhuatiran terhadap hubungan perdagangan akan datang selepas AS mengumumkan akan memulakan rundingan fasa kedua secepatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat