Harga Minyak Mentah Meningkat Menjelang Mesyuarat OPEC

246

Harga minyak mentah meningkat pada Khamis berikutan didorong oleh ketegangan antara Washington dan Beijing yang semakin reda di samping penurunan pada angka bacaan inventori minyak mentah Amerika Syarikat ke paras terendah untuk tempoh hampir setahun.

Bacaan angka yang lemah pada inventori minyak mentah AS tersebut merekodkan penurunan minggu keempat berturut-turut malah melebihi dua kali ganda jangkaan penurunan oleh pasaran.

Selain itu juga, harga minyak disokong oleh jangkaan lanjutan pengurangan pengeluaran bekalan oleh organisasi negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) pada pertemuan hari ini.

Penggantian jawatan Menteri Tenaga Arab Saudi oleh Putera Abdulaziz al Salman yang sebelum ini disandang oleh Khalid Al-Falih dilihat tidak mendedahkan sebarang perubahan ketara pada polisi sebelum ini.

OPEC bersama rakan pengeluar yang lain termasuk Rusia akan bertemu di Abu Dhabi bagi membicarakan isu ketidakpastian yang melanda pasaran minyak mentah global.

Ketegangan antara Amerika Syarikat bersama Iran dan juga Venezuela terus akan memberi impak buruk terhadap pasaran selain ketegangan perang dagang turut menjejaskan aktiviti perkilangan.

Kadar jualan kenderaan global yang menjadi petunjuk utama bagi permintaan petroleum kekal berada dalam jangkaan penurunan 6% pada tahun 2019. Data PMI di seluruh dunia juga masih kekal lemah.

OPEC dan rakan sekutunya dijangka akan meneruskan tindakan pengeluaran minyak dalam usaha untuk terus menyokong kestabilan harga minyak dalam pasaran. Namun keupayaan untuk melonjakkan harga ke paras lebih tinggi dilihat agak terhad.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat