Harga Minyak Mentah Meningkat, OPEC Bakal Bermesyuarat Pada Jun Untuk Menentukan Kadar Pengeluaran

369

Harga minyak mentah meningkat pada Jumaat terkesan oleh pengurangan bekalan oleh kelab pengeluar OPEC dan juga sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran dan Venezuela. Ini akan mendorong kenaikan terbesar pasaran minyak mentah untuk untuk suku tahun pertama sejak tahun 2009 lalu.

Harga minyak mentah sebelum ini telah disokong sehingga tahun 2019 dengan usaha oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya Rusia, bersama-sama dikenali sebagai OPEC+, telah berjaya mengekalkan pengeluaran sekitar 1.2 juta tong sehari untuk menyokong bekalan pasaran untuk tahun ini.

Lonjakan harga juga turut dicetuskan oleh arahan Presiden Donald Trump pada Khamis terhadap OPEC untuk meningkatkan pengeluaran kepada harga yang lebih rendah.

Trump membuat kenyataan dalam akaun media sosial Twitter beliau yang mengatakan sangat penting untuk OPEC meningkatkan pengeluaran minyak dan mengeluh dengan harga minyak yang tinggi memberi kesan terhadap pasaran dunia.

OPEC+ akan bermesyuarat pada bulan Jun untuk berbincang sama ada akan kekal mengurangkan pengeluaran atau sebaliknya.

Pemimpin Arab Saudi dalam OPEC bercadang untuk mengurangkan pengeluaran sepanjang tahun sementara Rusia pula, dilihat seperti kurang berminat untuk mengekalkan pengeluaran lebih lanjut melepasi bulan September.

Dalam kenaikan harga yang ditunjukkan, penganalisis meluahkan kebimbangan terhadap permintaan minyak mentah pada masa hadapan berikutan isyarat pasif pada pertumbuhan ekonomi global yang berisiko ke arah kegawatan.

Risiko terbesar untuk jangka masa pendek buat pasaran minyak bakal dipandu oleh kelemahan pada pasaran saham. Pasaran saham pada tahun ni dilihat agak goyah terkesan oleh pergerakan perlahan pada ekonomi global.

Kenyataan oleh Bank of Amerika Merrill Lynch bahawa keyakinan perniagaan semakin lemah beberapa bulan kebelakangan ini dan PMI pembuatan global semakin menguncup. Namun, sektor perkhidmatan masih terus berkembang dengan baik.

Isu minyak mentah akan terus dipantau pelabur di mana akan mempengaruhi dagangan pada matawang komoditi dolar Kanada. Minyak mentah sebagai eksport terbesar Kanada amat sensitif terhadap pasaran minyak global serta keputusan yang dibuat oleh OPEC.

Terus berwaspada pada dagangan Loonie dalam pasaran semasa dan sentiasa mengikuti perkembangan pada isu minyak mentah dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat