Harga Minyak Mentah Menyusut, Dagangan Emas Pamer Peningkatan Sederhana

381

Data rasmi menunjukkan bekalan minyak mentah AS meningkat melebihi jangkaan menyebabkan harga komoditi minyak mentah merosot pada hari ini, selain turut menerima tekanan oleh ketidakpastian perdagangan AS dan China yang semakin meningkat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut sebanyak 28 sen kepada $62.73 setong manakala minyak mentah WTI Amerika Syarikat berkurang 32 sen kepada $57.79 setong.

Bekalan minyak mentah AS meningkat sehingga mencecah 1.6 juta tong pada minggu lepas berbanding penurunan sebanyak 500,000 yang diunjurkan yang dijangkakan.

Sementara itu, negara-negara anggota OPEC dan OPEC+ dijadualkan akan bertemu di Mesyuarat Persidangan OPEC pada 5-6 Disember ini, yang dijangka akan melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak sehingga Jun 2020.

Selain itu, ketegangan antara dua negara ekonomi gergasi semakin meningkat juga turut memberi kesan kepada dagangan komoditi minyak mentah, apabila Presiden AS Donald Trump menandatangani dua rang undang-undang yang bertujuan menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong.

Tindakan tersebut dilihat akan merumitkan rundingan dagangnya dengan China yang kini masih belum mencapai kesepakatan.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memberi tindak balas yang tegas ke atas perbuatan tersebut.

Kekhuatiran terhadap risiko geopolitik yang semakin meningkat telah memaksa pelabur untuk berpaling kepada aset selamat seperti matawang safe-haven dan emas. Logam kuning diniagakan meningkat dengan kadar yang sederhana pada $1,455.52 dengan peningkatan sebanyak 0.05%.

Pelabur akan terus memberi perhatian kepada tindak balas China terhadap tindakan Donald Trump serta bagaimana ia boleh menjejaskan rundingan dagang AS dan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat