Harga Minyak Mentah Naik Berikutan Pengurangan Bekalan US

48

Harga minyak telah melepasi paras dua bulan tertinggi pada pasaran Asia hari ini berikutan pengurangan bekalan minyak mentah US dan amaran sekatan eksport terhadap ahli OPEC, Venezuela.

Minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia pula meningkat 0.25% kepada $52.43 setong setakat jam 2.15 petang, paras tertinggi sejak 25 Mei lepas.
Minyak WTI (West Texas Intermediate) pula meningkat 17 sen atau 0.34% kepada $49.88 setong.

Harga minyak telah naik sebanyak 10% sejak Selasa minggu lepas, selepas ahli OPEC/non-OPEC berbincang mengenai tindakan-tindakan yang perlu di ambil untuk mengurangkan bekalan minyak dalam pasaran.

Bank ANZ dalam kenyataannya hari ini menyebut, “WTI akan cuba menembusi harga $50 setong, manakala Brent pula akan melepasi $52 setong berikutan pasaran minyak perlu distabilkan lagi”.

Para pelabur menyatakan, kenaikan harga minyak ini adalah disebabkan oleh pengurangan bekalan minyak mentah di pasaran Amerika.

Penggalian minyak baru di US semakin perlahan dengan penambahan hanya 10 pelantar pada bulan Julai, paling sedikit sejak bulan Mei 2016.

Tambahan pula, para pelabur juga bimbang dengan laporan bahawa US bakal mengenakan sekatan eksport minyaknya kepada Vanezuela berikutan tindakan Presiden Vanezuela, Nicolas Maduro untuk menubuhkan satu badan bagi mengubah perlembagaan negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat