Harga Minyak Mentah Stabil, Bursa Tempatan Kembali Dibuka Lemah

159

Bursa tempatan dibuka rendah dengan penurunan sebanyak 0.54% pada sesi dagangan awal pagi ini susulan harga minyak mentah kembali stabil selepas mengalami peningkatan yang ketara sejak serangan ke atas kilang minyak Arab Saudi.

Pada 9.20 pagi, indeks FBM KLCI berada pada 1595.68 turun sebanyak 8.62 mata daripada 1604.3 ketika ditutup tinggi pada Selasa. Jumlah dagangan adalah 293.604 juta unit bernilai RM105.607 juta.

Harga minyak kembali stabil pada Rabu, selepas Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaannya akan memulihkan sepenuhnya pengeluaran minyak negara itu menyebabkan saham berkaitan minyak dan gas mula mengalami penyusutan di pasaran hari ini.

Bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati terhadap kemungkinan ketegangan di Timur Tengah selepas Amerika Syarikat (AS) menyatakan penglibatan Iran dalam serangan tersebut namun Iran menafikannya.

Di pasaran tempatan, Petronas Dagangan Bhd mendahului pasaran dengan kerugian sebanyak 56 sen dan diikuti oleh Hong Leong Financial Group Bhd, Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd, Petronas Chemical Bhd, Dutch Lady Bhd dan Petron Malaysia Bhd.

Selain itu, ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS pada 4.1750/1800 daripada 4.1810/1850 ketika ditutup Selasa dalam keadaan pasaran berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS mengenai pengurangan kadar faedah.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding kebanyakkan kumpulan mata wang utama tetapi lebih tinggi berbanding yen kepada 3.8590/8639 daripada 3.8624/8671.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0364/0413 daripada 3.345/0379 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.2133/2200 daripada 5.1840/1907. Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.6205/6277 daripada 4.6058/6115.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat