Harga Minyak Mentah Susut Hampir 1% Selepas Mencecah Paras Tertinggi 25 Mei

58

Harga minyak mentah US hari Isnin telah naik melebih paras $50 setong untuk pertama kalinya sejak 25 Mei yang lepas. Namun, jatuh sebanyak 1% hari ini berikutan peningkatan bekalan US. Jumlah bekalan minyak yang tinggi daripada pengeluar-pengeluar OPEC turun memberi tekanan terhadap penurunan harga minyak WTI ke bawah paras $50 setong.

Harga kontrak minyak US WTI (West Texas Intermediate) susut 0.94% atau 48 sen kepada $48.70 setong setakat jam 1.00 petang.

Minyak Brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia pula turun 46 sen, juga hampir 1% (0.89%) kepada $51.31 setong.

API melaporkan bekalan minyak mentah US untuk minggu lepas berjumlah 488.8 juta, meningkat sebanyak 1.8 juta tong. Hal ini menyebabkan jangkaan para pelabur tentang pengetatan polisi US berdasarkan penurunan bekalan minyak sejak beberapa minggu yang lepas semakin pudar.

Di luar US pula, ahli-ahli OPEC berjanji akan mengurangkan bekalan kepada 1.8 juta tong sehari di antara Januari 2017 hingga Mac 2018, namun rekod kajian menunjukkan bekalan OPEC mencecah paras tertinggi tahun ini dengan jumlah 33 juta tong sehari.

“Lebihan bekalan di jangka akan kembali pada 2018. Pertambahan pengeluaran ini juga di sebabkan oleh pelaburan dan aktiviti-aktiviti di kawasan pelantar minyak yang meningkat”, kata Steve Robertson, ketua penyelidikan di firma Global Oilfield Services.

Tambah beliau, “faktor lain seperti campur tangan ahli politik terhadap pengeluaran minyak atau perubahan pada cuaca yang mendadak juga boleh meganggu keseimbangan pasaran minyak dengan cepat”.

Beliau turut memberi amaran, sebarang jangkaan terhadap pemulihan yang hanya berasaskan sangkaan dan keyakinan bahawa pasaran akan berubah perlu di abaikan. Kita sepatutnya melihat dari sudut realiti dan untuk pasaran minyak stabil ianya akan mengambil masa yang lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat