Harga Minyak Mentah Tertekan, Capai Paras Terendah Bulan Lalu

85

Harga minyak mentah dunia sedikit mengukuh pada Jumaat tetapi masih berlegar di sekitar paras terendah enam bulan lalu disebabkan bekalan yang semakin meningkat walaupun OPEC dan non-OPEC berusaha memotong bekalan bagi mengimbangi pasaran ini.

Minyak Brent (Brent-oil) berada di sekitar $47.49 setong setakat pukul 5.07 petang, manakala minyak WTI pula didagang di sekitar $44.93 setong naik dari paras terendah $44.42.

Sehingga kini, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 13 peratus sejak lewat bulan Mei, apabila pengeluar OPEC melanjutkan perjanjian pemotongan bekalan sehingga Mac 2018.

“Minyak tidak akan memulih sehingga hujung minggu ini, dengan laporan data Baker Hughes dijangka akan meningkat lagi minggu ini,” kata Jeffrey Halley, penganalisis pasaran di OANDA Singapura.

Bank pelaburan US Jefferies berkata “harga rendah akan kekal dengan peningkatan jumlah pelantar di US, jumlah inventori di US, peningkatan pengeluaran dari Nigeria dan Libya dan juga pematuhan perjanjian yang lemah oleh Iraq dan UAE.”

Peningkatan eksport dan pengeluaran dari Rusia juga menyumbang kepada lambakan dalam pasaran komoditi hitam. Rusia adalah negara non-OPEC yang terlibat dalam perjanjian.

Amerika Syarikat yang tidak terlibat dalam perjanjian pemotongan bekalan dan pengeluaran mereka telah naik lebih daripada 10 peratus sepanjang tahun lalu dan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menjangkakan pengeluaran akan meningkat 10 juta sehari pada 2018.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat