Harga Minyak Mentah U.S Didagangkan Rendah Dalam Pasaran Asia

66

Harga minyak U.S didagangkan rendah pada hari Selasa selepas mencapai paras tertinggi 6 minggu lalu semalam, berikutan tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menangkap beberapa orang berprofil tinggi dibawah akta anti-rasuah. Selain itu, yang turut mendukung peningkatan harga semalam ialah pengurangan aktiviti penggalian minyak.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember menyusut sebanyak 0.21% setakat ini ke paras $57.23 setong. Harga semasa kini bergerak di atas paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London kini berada di sekitar $64.11 setong iaitu meningkat sebanyak 0.06% setakat pukul 09.55 pagi.

Namun kedua-dua paras harga ini masih berada di paras tertinggi sejak pertengahan 2015.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Arab Saudi menahan berpuluh individu kanan termasuk putera raja, menteri, bekas menteri dan seorang jutawan terkenal iaitu Putera Al-Waleed bin Talal dan Pengawal Negara, dan keturunan raja iaitu Raja Miteb bin Abdullah.

Penangkapan ini dikatakan baru sahaja pertama sebagai langkah pencegahan rasuah.

Penganalisis berpendapat, Arab Saudi tidak akan mengubah apa-apa polisi minyak dalam masa sekarang.

Menteri Tenaga Saudi, Khalid al-Falih berependapat bahawa perjanjian pengurangan minyak antara OPEC dan non-OPEC membuahkan hasil namun ia masih belum sempurna.

Pengurangan aktiviti menggali minyak U.S adalah berikutan usaha OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018.

Dalam masa yang sama, U.S juga telah mengurangkan 8 loji penggalian minyak pada minggu lepas. Pengurangan ini merupakan pengurangan terbesar sejak Mac 2016 dan ia akan mendorong kepada peningkatan harga.

Menurut penganalisis, walaupun pengeluaran dikurangkan namun permintaan masih kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat