Harga Minyak Naik Berikutan Saudi Mengurangkan Eksport ke AS, Lebihan Bekalan Masih Kekal

43

Harga minyak mentah global didagang lebih tinggi pada Jumaat, yang dilonjakkan oleh jangkaan pemotongan OPEC mula menstabilkan pasaran ini, tetapi harga masih lagi dilihat merekodkan kerugian minggu ini berikutan kebimbangan lebihan bekalan.

Minyak Brent (Brent-oil) didagang di sekitar $50.86 setong naik 30 sen dari harga penutup Khamis.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) pula naik 30 sen dan berada di sekitar $48 setong. Brent dijangka merekodkan kejatuhan 1.7% minggu ini, manakala WTI jatuh 1.5% dari minggu lepas.

“Harga dilihat mula jatuh. Terlalu banyak sentimen negatif yang telah diserap (priced-in) oleh komoditi ini,” kata Olivier Jakob, Pengarah urusan PetroMatrix.

Arab Saudi mengatakan eksportnya ke Amerika Syarikat jatuh sebanyak 300,000 tong sehari di antara Februari dan Mac yang melonjakkan sentimen pasaran ini. Ia juga menjangkakan kejatuhan stok minyak AS.

Di Amerika Syarikat, aktiviti carigali telah meningkatkan pengeluaran lebih dari 8 peratus sejak pertengahan 2016. Tetapi, eksport Arab Saudi ke negara-negara lain masih lagi tinggi walaupun OPEC dan Non-OPEC telah membuat perjanjian pemotongan sebanyak 1.8 juta tong sehari sejak 1 Januari lepas.

Pedagang komoditi hitam menyatakan harga berhadapan risiko kejatuhan, kecuali OPEC meneruskan pemotongan bekalan selepas Jun nanti.

“Matlamat OPEC untuk mambawa bekalan ke paras normal tidak akan dapat dicapai sebelum perjanjian berakhir 30 Jun,” kata Jefferies Investment Bank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat