Harga Minyak Naik Ke Paras Tertinggi Empat Minggu Lalu Dengan Sentimen Pasaran Semakin Pulih

65

Pasaran minyak stabil di awal sesi dagangan Asia hari Rabu, menghampiri paras tertinggi empat minggu lalu yang berjaya dicapai semalam, didorong oleh kesungguhan pengeksport terbesar Arab Saudi untuk menghentikan lebihan bekalan minyak global.

Harga minyak Brent yang menjadi kayu ukur kepada harga antarabangsa naik 7 sen kepada $58.40 setakat jam 10.30 pagi. Brent tutup dengan peningkatan 1.7% atau 96 sen pada hari Selasa yang lalu.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan di paras $52.45, susut 2 sen selepas naik 57 sen dalam sesi dagangan hari Selasa.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih berkata tumpuan masih lagi ke arah pengurangan bekalan minyak dalam industri negara ke paras purata 5 tahun, dan akan meningkatkan lagi prospek untuk mengekang pengeluaran minyak lebih lama selepas perjanjian had pengeluaran minyak OPEC tamat tahun depan.

Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018. Mereka dijangka akan melanjutkan lagi tempoh perjanjian sehingga akhir tahun depan.

“Kami sangat fleksibel dan kami terbuka menerima sebarang pilihan. Kami bersungguh-sungguh untuk mengambil sebarang tindakan bagi menurunkan bekalan global ke paras normal sekitar paras purata 5 tahun”, kata Falih.

Institut Petroleum Amerika (API) semalam melaporkan bekalan minyak US naik sebanyak 519,000 pada minggu lalu, lebih jauh daripada jangkaan ahli ekonomi yang melihat penyusutan sebanyak 425,000 tong.

Laporan rasmi daripada EIA akan dikeluarkan pada jam 10.30 malam ini. Kebiasaannya perbezaan bacaan kedua-dua laporan ini adalah tinggi.

Namun jika angka bekalan yang jatuh lebih tinggi daripada ramalan akan memulihkan lagi sentimen pasaran komoditi hitam global yang dihimpit dengan masalah lebihan bekalan minyak sejak beberapa tahun yang lalu, sekaligus akan menolak harga ke paras yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat