Harga Minyak Naik Melepasi Pembukaan Harga Hari Isnin

39

Harga minyak pada pasaran Asia hari Khamis masih kekal di atas paras tertinggi minggu ini selepas laporan rasmi bekalan minyak US semalam jatuh lebih daripada jangkaan.

Minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia susut 3 sen atau 0.06%, kepada $52.67 setakat jam 10.10 pagi. Semalam harga tutup 1.1% lebih tinggi, melepasi pembukaan harga pada hari Isnin.

 

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) pula kekal di paras  $49.56 selepas meningkat 0.8% pada sesi sebelumnya.

Dalam laporan Jabatan Informasi Tenaga (EIA), bekalan minyak US susut minggu lepas menyebabkan peratusan pengeluaran meningkat ke tahap tertinggi berbanding 12 tahun yang lalu. Bekalan minyak jatuh 6.5 juta tong minggu lepas, melebihi  jangkaan penurunan sebanyak 2.7 juta tong.

Pelantar mengeluarkan hampir 17.6 juta minyak mentah melepasi data yang di rekodkan pada May dan kebanyakkan data mingguan EIA yang dikumpul sejak 1982.

Namun begitu bekalan gasolin yang meningkat menyebabkan pengeluaran terpaksa dihadkan bagi membantu usaha OPEC, Rusia dan pengeluar lain untuk meningkatkan harga pasaran yang telah susut separuh berbanding tiga tahun yang lepas.

Semua ahli OPEC/non-OPEC berjanji untuk menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018.

Harga minyak juga naik disebabkan hasil perjanjian ini, namun pengeluaran minyak yang meningkat di Libya dan Nigeria walapun mereka dikecualikan dari sekatan menyukarkan usaha tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat