Harga Minyak Naik, Pertemuan OPEC+ Jadi Tumpuan

221

Harga minyak kembali meningkat setelah jatuh pada sesi sebelumnya, tetapi kenaikan yang dicatatkan masih terbatas disebabkan kebimbangan pasaran terhadap permintaan bahan bakar susulan lonjakan kes Covid-19 di India.

Pada sesi Eropah, dagangan WTI Amerika Syarikat diniagakan stabil pada $62.43 setong, sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula positif pada $65.47 setong.

Situasi Covid-19 di India, pengguna minyak ketiga terbesar di dunia, semakin membimbangkan pasaran.

India kini menjadi pusat wabak global, dengan jangkitan meningkat sebanyak 352,299 dalam 24 jam terakhir sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di hospital dan mengalami kehabisan bekalan oksigen serta katil.

Dari sisi penawaran, Jawatankuasa Teknikal Bersama (JMMC) Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) akan mengadakan pertemuan pada hari ini bagi membincangkan mengenai dasar pengeluaran minyak mentah.

Sebelum pertemuan diadakan, OPEC+ mengeluarkan kenyataan bahawa ia masih mengekalkan ramalan pemulihan yang lebih kuat dalam permintaan minyak global pada tahun 2021.

Namun, pada masa yang sama, OPEC+ juga mengatakan ia bimbang dengan lonjakan kes Covid-19 di India akan mengaburkan prospek terhadap pemulihan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat