Harga Minyak Papar Pemulihan

250

Minyak mentah didagangkan stabil ketika pasaran menuju penghujung minggu, setelah pulih dari kejatuhan drastik pada hari Isnin yang disebabkan oleh keputusan OPEC+ dan kebimbangan terhadap peningkatan kes coronavirus.

Niaga hadapan minyak mentah Brent tetap diniagakan stabil pada $73.48 setong walaupun sedikit susut, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan pada $71.60 setong.

Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku pada awal minggu, OPEC+ telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 400,000 tong mulai Ogos hingga Disember 2021.

Hal ini telah mendorong kebimbangan pelabur terhadap peningkatan dalam bekalan dalam pasaran minyak mentah, lebih-lebih lagi ketika dunia diancam oleh penularan baru varian Delta yang mudah merebak.

Susulan itu, kedua-dua penanda aras harga minyak jatuh ke bawah paras harga $70 setong sebelum kembali pulih pada hari Selasa.

Bagaimanapun, pemulihan yang dicatatkan agak terbatas disebabkan peningkatan yang dipamerkan dalam bekalan minyak mentah AS pada minggu lepas, menyebabkan pelabur khuatir terhadap permintaan bahan bakar yang mungkin akan terus terkesan akibat peningkatan semula kes Covid di negara itu.

Pada Khamis, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa varian delta telah menyumbang lebih dari 83% kes baru di AS. Beberapa hospital juga telah mencapai kapasiti mereka untuk menampung pesakit, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat