Harga Minyak Parah Dihentam China, OPEC Kini Jadi Harapan Pasaran!

196

Pergolakan di China telah mengheret dagangan minyak mentah lebih rendah pada awal minggu, menyebabkan pelabur kini mengharapkan OPEC bertindak untuk menangani kelemahan dalam pasaran ini.

Beribu-ribu penunjuk perasaan menunjukkan protes di beberapa bandar China pada hujung minggu bagi menentang strategi sifar Covid-19 di negara itu.

Salah satu pencetus kepada huru-hara ini adalah kebakaran maut di wilayah Xinjiang, di mana rakyat China menyalahkan perintah berkurung telah menggagalkan usaha menyelamat.

Komoditi hitam yang sudah sedia terkesan dengan sekatan Covid-19 di China, terus merosot lebih rendah berikutan ketidaktentuan ini.

Ini menyaksikan dagangan minyak Brent susut ke paras terendah 10 bulan, dan WTI Amerika Syarikat junam ke tahap terlemah 11 bulan pada Isnin.

Bagaimanapun, penyusutan kembali mereda apabila pasaran melangkah masuk ke sesi New York berikutan jangkaan yang tercetus bahawa OPEC akan campur tangan untuk menyokong kestabilan harga minyak.

Kumpulan itu ditetapkan untuk mesyuarat terakhirnya tahun ini pada 4 Disember bagi membuat keputusan mengenai pengeluaran.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada sekitar harga $85 setong manakala dagangan WTI menokok pada $78 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat