Harga Minyak Sambung Naik Disebabkan Faktor-faktor Ini

286

Minyak mentah terus mengekalkan momentum pengukuhannya disokong oleh jangkaan bahawa pelonggaran sekatan Covid-19 di China akan meningkatkan permintaan komoditi hitam itu.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $113 setong sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok lebih tinggi pada sekitar harga $114 setong.

Shanghai merekodkan tiga hari berturut-turut tanpa kes baharu Covid-19 di luar zon kuarantin pada Selasa, sehari selepas ia mengumumkan rancangan untuk menamatkan penutupan bermula 1 Jun.

Ekoran daripada pengumuman tersebut, pelabur mula meletakkan harapan bahawa aktiviti ekonomi yang dibuka semula dan meningkatkan permintaan bahan bakar di negara pengguna terbesar di dunia itu.

Selain itu, harga turut mendapat sokongan daripada data yang dikeluarkan Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan penurunan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat paa minggu lepas.

Dalam pada itu, sidang kemuncak pada 30 hingga 31 Mei dijangka akan menjadi detik penentuan kepada persetujuan mengenai pengharam berperingkat ke atas minyak Rusia oleh Kesatuan Eropah (EU).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat