Harga Minyak Semakin Ganas Mencatat Kenaikan

229

Komoditi hitam meneruskan kenaikan lebih tinggi pada Rabu, diangkat oleh kebimbangan global mengenai bekalan tenaga yang menunjukkan tanda-tanda berkurangan di pasaran minyak mentah, gas asli dan arang batu.

Dagangan WTI Amerika Syarikat mengekalkan momentum pengukuhannya untuk terus didagangkan di paras ketinggian tujuh tahun pada $78.85 setong ketika pasaran menuju ke pembukaan sesi Eropah.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula didagangkan lebih tinggi pada sekitar harga $82.50 setong, kukuh di paras tertinggi tiga tahun.

Keputusan OPEC+ untuk mengekalkan peningkatan pengeluaran minyak sebanyak 400,000 tong sehari pada November, telah menyokong kenaikan dagangan minyak mentah lebih tinggi.

Walaupun berdepan tekanan untuk meningkatkan pengeluaran, tetapi OPEC+ bimbang bahawa gelombang keempat wabak Covid-19 akan melanda dan menjejaskan pemulihan permintaan.

Sementara itu, laporan terbaru yang dikeluarkan Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat meningkat 951,000 tong pada minggu lalu.

Ini menunjukkan permintaan bahan bakar di AS telah mula menunjukkan tanda-tanda untuk menurun. Pelabur kini menantikan data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) untuk mengesahkan kenaikan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat