Harga Minyak Stabil Di Paras Tinggi, Laporan API Fokus Hari ini

60

Harga minyak mentah pada perdagangan hari Selasa stabil, seiring dengan kejatuhan eksport minyak mentah dari Arab Saudi dan kenaikan pengeluaran minyak U.S.

Pasaran hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dicatat pada paras harga $50.28 per tong iaitu pada 12.50 tengahhari. Turun 7 sen atau 0.14 peratus berbanding penutupan harga lepas.

Sejak Khamis minggu lepas harga WTI adalah pada paras $50 per tong, akibat daripada peningkatan permintaan daripada kilang-kilang penapisan yang berhenti beroperasi disebabkan badai Harvey. Rentetan daripada badai Harvey dan Irma, pengeluaran minyak meningkat daripada 79,000 tong per hari (bpd) kepada 6.1 juta bpd berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga U.S. (EIA).

Harga minyak mentah Brent pula berada pada paras $55.38 per tong, turun sebanyak 10 sen.

Antara faktro yang menyokong kenaikan harga minyak sejak minggu lepas disebabkan oleh penurunan pengeluaran minyak mentah Arab Saudi per hari kepada 6,693 juta tong.

Penganalisis menjangkakan kenaikan 2.925 juta tong bekalan minyak mentah US, dan penurunan 2.025 juta tong gasolin pada laporan API hari ini. Manakala data bekalan minyak rasmi daripada EIA pula akan dikeluarkan esok. Kedua-dua laporan ini biasa menunjukkan perbezaan yang ketara.

OPEC dijangka akan meneruskan perbincangan tentang lanjutan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak melebihi bulan Mac 2018 sebagai salah satu usaha untuk mengawal bekalan daripada kenaikan pengeluaran minyak daripada Nigeria dan Libya. Pada Mei yang lalu, OPEC dan non-OPEC bersetuju untuk lanjutkan had pengeluaran minyak kepada 1.8 juta tong sehari selama sembilan bulan sehingga Mac 2018.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat