Harga Minyak Susut Lagi, EU Ringankan Beban Sekatan Rusia

244

Minyak mentah kekal didagangkan lemah di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap kemelesetan global dan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat akan melemahkan permintaan.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan merosot pada $102 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menyusut pada sekitar harga $93 setong.

Dagangan minyak mentah sedia tidak menentu dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana pelabur cuba berwaspada terhadap kenaikan kadar faedah selanjutnya yang boleh mengehadkan aktiviti ekonomi dan ini boleh mengurangkan permintaan bahan api.

Sementara itu, pelabur kini menantikan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada Khamis, selain keputusan mesyuarat polisi FOMC turut dinantikan pasaran.

Di sisi lain, Kesatuan Eropah (EU) pada minggu lalu membenarkan syarikat milik Rusia untuk menghantar minyak ke negara ketiga di bawah pelarasan sekatan yang dipersetujui negara anggota bagi membataskan risiko kepada keselamatan tenaga global.

Dalam langkah terbaharu pada Jumaat lalu, pembayaran berkaitan pembelian minyak mentah Rusia yang menggunakan penghantaran melalui laut oleh syarikat EU juga tidak akan diharamkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat