Harga Minyak Tenang Menanti Pengumuman OPEC+!

149

Harga minyak didagangkan sedikit berubah ketika pelabur menantikan mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia, yang dikenali sebagai OPEC+ untuk menetapkan pengeluaran minyak selanjutnya.

Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan berlegar pada sekitar $100 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula mendatar pada $94 setong.

Pada pertemuan yang dijadualkan pada Rabu, OPEC+ dijangka akan mengekalkan pengeluarannya tidak berubah pada bulan September, atau melakukan sedikit tambahan.

Penganalisis menjangkakan tiada perubahan akan dibuat berikutan prospek yang lemah dalam permintaan di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan semakin meningkat.

Tambahan pula, pengeluar utama Arab Saudi enggan untuk menampung kehilangan bekalan ekoran sekatan yang dikenakan ke atas Rusia berhubung isu pencerobohan Ukraine.

Menambah kesuraman terhadap prospek permintaan apabila data Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan bekalan minyak Amerika Syarikat meningkat sebanyak 2.2 juta tong pada minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat