Harga Minyak Terus Diheret Rendah!

200

Kebimbangan terhadap permintaan bahan bakar selepas ancaman variasi baru coronavirus mendorong penutupan lebih ketat dan beberapa negara mengumumkan sekatan perjalanan dari UK terus menekan dagangan minyak mentah.

Kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mutasi virus terbaru yang dikesan di UK adalah terkawal dan boleh dibendung dengan langkah kesihatan sedia ada, pada mulanya memberi kelegaan buat pasaran.

Ini dapat dilihat daripada kebangkitan semula harga minyak mentah Brent yang kembali meningkat selepas jatuh lebih 3% pada $49.20 ketika sesi sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas pasaran menilai kesan sekatan lebih ketat dan sistem penerbangan yang terjejas akibat penutupan sempadan oleh beberapa negara dari UK, menyebabkan pasaran bimbang dengan kekurangan permintaan terhadap bahan bakar.

Pada sesi Asia hari ini, dapat dilihat bahawa pergerakan harga agak terbatas dengan penanda aras minyak mentah Brent sedikit susut pada $50.65 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula merosot pada $47.68 setong.

Selepas kerajaan UK memberi amaran bahawa varian baru virus mempunyai kadar penularan yang tinggi daripada jenis sebelumnya, India, Pakistan, Rusia, Jordan dan beberapa negara Eropah lain terus mengumumkan sekatan perjalanan dari Britain. Sementara Arab Saudi, Kuwait dan Oman pula menutup sempadan mereka sepenuhnya.

Kelulusan pakej rangsangan oleh Dewan Perwakilan AS pula dilihat kurang memberi kesan buat dagangan komoditi hitam itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat