Harga Minyak Terus Lemah, Arab Saudi Nafi Dakwaan Rundingan Dengan Rusia

663

Dagangan minyak mentah terus berdepan dengan tekanan daripada gangguan permintaan bahan api disebabkan pandemik coronavirus dan perang harga antara Arab Saudi dan Rusia, sekali gus menyebabkan penawaran berlebihan dalam pasaran.

Awal dagangan sesi Asia hari ini menyaksikan niaga hadapan WTI Amerika Syarikat mencecah paras harga $19.92 dengan penyusutan lebih 5%, sebelum kembali diniagakan di sekitar $20.37 setong, sementara minyak mentah Brent juga jatuh lebih 5% untuk didagangkan pada $26.51 setong.

Rentetan daripada itu, penganalisis berpendapat bahawa pemotongan pengeluaran besar-besaran oleh OPEC amat diperlukan memandangkan permintaan terhadap minyak mentah dijangka akan menjunam 15 juta atau 20 juta tong sehari, iaitu merupakan 20% penurunan daripada tahun lepas.

Pandemik coronavirus, yang telah membunuh hampir 34,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 700,000 di seluruh dunia, telah menyebabkan industri penerbangan global terhenti dan meletakkan kira-kira 3 bilion orang di bawah perintah berkurung untuk menghadkan penularan virus itu.

Sementara itu, Presiden Algeria menyuarakan pandangannya untuk mengadakan perbincangan bagi menilai semula keadaan pasaran dan kejatuhan harga minyak, namun tidak mendapat sokongan yang cukup untuk meneruskannya dan juga ditolak oleh Arab Saudi.

Dalam pada itu, Arab Saudi sebelum ini turut menolak khabar angin yang menyatakan bahawa pihaknya akan mengadakan rundingan dengan Rusia untuk meminimumkan pengeluaran.

Di sisi lain, laporan mengenai tembakan peluru berpandu di ruang udara Riyadh, Arab Saudi dan bandar selatan Jazan, gagal menarik perhatian pasaran yang masih dibelenggu kebimbangan terhadap kesan ke atas permintaan tenaga dan ekonomi global akibat coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat