Harga Pada Carta GBP/USD ‘Meronta’ Dalam Julat 150 Pips!

43

Sememangnya pergerakan rancak harga dijangkakan pada sesi New York semalam dengan tumpuan utama pasaran pada minggu ini terarah pada data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Carta pasangan mata wang GBP/USD memaparkan turun naik harga yang drastik dalam julat 150 pips sebelum menutup dagangan di atas paras harga $1.2200.

Indeks harga pengguna (CPI) AS yang menepati angka ramalan 6.5%, lebih rendah daripada 7.1% sebelum ini, menunjukkan penurunan inflasi 6 bulan berturut-turut.

Ini menguatkan lagi pandangan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan dasar monetari mereka sebelum ini.

Ditambah pula dengan komen beberapa Presiden Fed yang mula melihat sudah tiba masa untuk kenaikan kadar faedah diperlahankan lagi pada 25 mata asas sahaja.

Walaupun US dolar menunjukkan reaksi bercampur ketika data diterbitkan, namun akhirnya bergerak lemah semula pada penutupan penghujung sesi.

Tumpuan di penghujung minggu ini akan diberikan pada terbitan data ekonomi UK dengan bacaan pertumbuhan ekonomi akan menjadi fokus.

Data yang diterbitkan dijangka bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Pound di sesi Eropah sebentar lagi.

Ketika penurunan harga pada carta GBP/USD semalam, sekali lagi paras sokongan 1.21000 diuji dan zon RBS (resistance become support) tersebut masih berjaya melantunkan semula harga naik ke atas.

Melewati semula paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, harga yang berlegar perlahan di atas paras 1.22000 di sesi Asia pagi ini (Jumaat) dijangka akan menyambung pergerakan trend bullish.

Kenaikan lanjut dilihat akan menuju ke sekitar 1.23000 dan berkemungkinan mampu mencapai sehingga ketinggian 1.24000 sekiranya US dolar kekal melemah bersambung pada dagangan minggu berikutnya.

Namun waspada untuk pergerakan di penghujung minggu yang boleh mempamerkan penurunan sementara harga.

Penurunan yang berlaku dilihat sekali lagi akan menguji paras sokongan 1.21000 dan harga bakal memberi respon pada zon tersebut.

Tembus lebih rendah akan menjadi isyarat awal pergerakan bearish harga sebelum menuju ke sekitar 1.20000 semula atau lebih rendah pada zon 1.19000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat