Harga Pengeluar New Zealand: Indeks Input Naik 0.8%

46

Harga pengeluar New Zealand naik lebih pantas daripada jangkaan pada suku pertama 2017 di mana pergerakan trend inflasi terus stabil di tahap perkilangan.

Harga yang dibayar pengeluar (harga input) naik 0.8% pada suku keempat 2016 berbanding kenaikan 1.5% pada suku ketiga.

Manakala harga yang diterima oleh pengeluar (harga output) naik 1.4% pada suku keempat 2016 berbanding 1.5% pada suku sebelum itu.

Dari segi tahunan, indeks input harga pengeluar (PPI) naik 4.2% di mana output PPI meningkat 4.1%. Jangkaan pasaran bagi indeks kali ini ialah peningkatan 0.7% di mana harga output naik 1.1%.

Pada suku pertama, peningkatan harga output banyak dipengaruhi oleh peningkatan harga produk tenusu di mana harga minyak mentah dunia juga menolak harga input menjadi semakin mahal.

Data ini dikeluarkan setiap suku tahunan di mana ia menganggar perubahan harga barangan yang dibeli oleh kilang manakala indeks output pula adalah perubahan harga yang dijual oleh kilang.

Bulan lalu, kerajaan New Zealand melaporkan harga pengguna mengukuh kepada 2.2% dalam tempoh empat suku tahunan sehingga suku pertama 2017. Bacaan ini meningkat dari 1.3% yang dilaporkan pada suku sebelum itu. Kenaikan ini dipandu oleh sektor perumahan dan pengangkutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat