Harga Pengguna CPI Melonjakkan Dolar Kanada Dengan USD/CAD Jatuh Hampir 100 Pip

487

Matawang dolar Kanada (CAD) menguat pada Jumaat selepas data-data ekonomi yang dikeluarkan dari Kanada menunjukkan tekanan terhadap bank pusat untuk menaikkan kadar faedahnya di masa akan datang.

USD/CAD sejak pukul 8.30 malam telah jatuh hampir 100 pip, GBP/CAD jatuh sehingga 120 pip dan CAD/JPY naik 80 pip.

Dari segi data ekonomi, pasaran hanya menumpukan kepada data harga pengguna (CPI) Kanada yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam dan juga data jualan runcit. Selain itu, Amerika Syarikat juga mengeluarkan data tempahan durable-goods (barangan tahan lama) dalam masa yang sama.

Data CPI Kanada merekodkan bacaan yang memberangsangkan dengan bacaan meningkat 0.6% berbanding jangkaan 0.4%. Dari segi bacaan tahunan, CPI Kanada naik sebanyak 2.2% pada bulan lalu dengan bacaan teras Core-CPI bulanan dan tahunan masing-masing naik 0.7% dan 1.5%.

Bagaimanapun, data jualan runcit hanya meningkat 0.3% jauh lebih rendah berbanding jangkaan kenaikan 1.1%.

Data durable-goods Amerika Syarikat pula merekodkan bacaan memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 3.1% berbanding jangkaan 1.6%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat