Harga Pengguna CPI Zon-Eropah Dijangka Tidak Memberi Kesan Kepada ECB

27

Data harga pengguna (CPI) Jerman sah naik 0.2% untuk bulan Mac, di mana kadar tahunan susut kepada 1.6% dari 2.2% yang direkodkan sebelum ini.

Data kali ini sejajar dengan jangkaan pasaran dengan kenaikan mendadak dalam beberapa sektor yang disebabkan faktor musim.

Sektor perkhidmatan pula merekodkan kemerosotan harga yang agak mengejutkan dengan melihat kekuatan ekonomi Jerman ketika ini. Dalam konteks ini, data secara keseluruhan akan mengurangkan kebimbangan Bundesbank terhadap tekanan kenaikan inflasi.

Harga pengguna (CPI) di Perancis pula naik 0.6% berbanding bacaan sama yang direkod pada bulan sebelum itu. Jangkaan bagi data ini adalah kenaikan 0.6%.

Manakala di Itali harga pengguna tidak berubah dari 0.00% yang sejajar dengan jangkaan pasaran di paras 0.00% bagi bulan Mac.

Data inflasi secara keseluruhan masih lagi merekod bacaan sederhana yang tidak memaksa ECB mengubah jangkaan kepada ekonomi dalam jangka masa sederhana.

Dengan melihat Jerman dan Perancis sebagai dua negara terbesar dalam blok Zon Eropah, ECB (European Central Bank) akan semakin yakin untuk mengekalkan polisi akomodatif dalam mesyuarat April ini dengan pilihanraya Presiden Perancis yang juga akan berlangsung bulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat