Harga Pengguna (CPI) Zon-Eropah Kekal Di Paras 1.5%

44

Harga pengguna (CPI) Zon Eropah pada Mac sah di paras 1.5% berbanding sebelum ini sebanyak 2.0%. Data kali ini sejajar dengan jangkaan pasaran dan data flash yang dilaporkan sebelum ini.

Core-CPI juga sejajar dengan bacaan flash sebelum ini yang jatuh dari 0.9% kepada 0.7%.

Kenaikan harga bahan api semakin perlahan kepada 7.4% dari 9.3% sebelum ini dengan kenaikan harga makanan dan minuman jatuh dari 2.5% kepada 1.8%.

Terdapat kenaikan sedikit dalam harga barangan perindustrian kepada 0.3% dari 0.2% sebelum ini, manakala harga sektor perkhidmatan semakin perlahan dari 1.3% kepada 1.0%.

ECB dilihat kekal yakin dengan keadaan ekonomi semasa dengan peningkatan yang kukuh beberapa bulan akan datang.

Walaubagaimanapun, bank pusat masih bimbang dengan kenaikan yang perlahan dalam inflasi asas (core-cpi). Paling penting sekarang bagi bank pusat ialah jangkaan inflasi sama ada kenaikan baru-baru ini akan menjadikan ekonomi lebih kukuh atau pun tidak.

Dalam konteks ini, data Markit PMI akan menjadi perhatian pada hujung minggu ini untuk melihat sama ada tekanan inflasi masih tinggi.

Jika tidak ada bukti kenaikan inflasi asas (core-inflation), ECB dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati dan polisi akomodatif semasa dalam polisi monetari beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat