Harga Pengguna (CPI) Zon Eropah Naik 1.9%

41

Harga pengguna (CPI) Zon Eropah pada April sah berada di paras 1.9% sejajar dengan bacaan sebelum ini dan lebih tinggi daripada 1.5% yang direkod pada bulan sebelum itu.

Manakala inflasi teras (core-inflation) juga disahkan berada di sekitar 1.2% dari 0.7% sebelum ini di mana kedua-dua bacaan sejajar dengan jangkaan pasaran.

Kadar teras melebihi 0.7% pada April dan merupakan bacaan tertinggi sejak tahun 2013.

Komponen harga bahan api naik 7.6% dalam tempoh 12 bulan sehingga April 2017 berbanding 7.4% yang direkod pada Mac. Manakala harga makanan dan minuman naik 1.5% dalam tempoh 12 bulan sehingga April berbanding 1.8% sebelum itu.

Kenaikan keseluruhan barangan perindustrian juga kekal di paras 0.3%.

Harga di dalam sektor perkhidmatan meningkat mendadak kepada 1.8% dari 1.0% sebelum ini jika dibandingkan dengan 0.9% yang direkod pada April 2016.

ECB (European Central Bank) akan terus berhati-hati dengan perkembangan ekonomi Zon Eropah ketika ini. ECB telah menegaskan kenaikan inflasi dalam jangka pendek adalah dicetuskan oleh harga bahan api. Bank pusat juga tahu masih belum ada bukti kukuh kenaikan inflasi dalam zon tersebut.

Data bulan Mei adalah sangat penting menjelang mesyuarat ECB pada Jun. Jika tiada kejatuhan yang signifikan dalam inflasi bulan hadapan, ini akan meningkatkan tekanan kepada bank pusat menunjukkan sedikit isyarat perubahan polisi monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat