Harga Pengguna Kanada Agak Mendatar Pada Oktober

47

Harga pengguna Kanada atau consumer price index (CPI) meningkat 0.20% pada bacaan Oktober yang dilaporkan Jumaat lepas (18 November) berbanding bulan sebelum September yang hanya naik 0.10%. Bacaan menepati jangkaan penganalisis. Dalam bacaan tahunan (annually) indeks ini juga meningkat 1.50% dari 1.30% yang turut menepati jangkaan penganalisis.

Untuk pebgetahuan pembaca, data-data harga pengguna Kanada ini yang ada di Forex Factory dilaporkan 18 ke 20 hari selepas bulan tersebut berakhir. Contohnya data sebenar bagi bulan Oktober dilaporkan secara rasmi pada 18 November.

Data bagi inflasi teras (Core inflation) pada Oktober naik 0.20%.

Harga makanan jatuh 0.40% pada Oktober dengan kejatuhan tahunan (annually) mencatat 0.70% dan ini adalah penyusutan pertama sejak tahun 2000.

Manakala harga tenaga naik 2.00% pada Oktober dan tahunan sebanyak 2.50%. Harga gasolin naik 3.70% pada bulan sama. Peningkatan harga tenaga ini menyebabkan kenaikan harga pengangkutan sebanyak 1.00% dengan bacaan tahunan sebanyak 3.00%.

Harga barang pula naik 0.40% pada Oktober yang menyumbangkan kepada kenaikan 1.00% dalam bacaan tahunan dengan harga perkhidmatan tahunan tidak berubah sebanyak 1.80%.

Pihak BoC dilihat masih tidak berpuas hati dengan bacaan terkini harga pengguna yang masih di bawah sasaran kadar inflasi 2.00%. BoC masih lagi melihat ketaktentuan dalam pentadbiran Trump tahun depan dan akan terus monitor pergerakan pasaran secara teliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Sejurus sahaja data ini dikeluarkan pada Jumaat lepas Usd/Cad jatuh dari 1.3515 dari 1.3505 tetapi naik semula ke paras 1.3500 dengan amaun besar option expiry yang ada di paras ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat