Harga Pengguna Kanada Kurang Dari Jangkaan, Usd/Cad Menguat

47

Inflasi Kanada meningkat kurang dari jangkaan pada Mac seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi pada Jumaat.

Menurut laporan Jabatan Statistik Kanada, harga pengguna (CPI) pada Mac naik 0.2% dari bulan lepas berbanding jangkaan kenaikan 0.4% dan kenaikan 0.2% yang direkod pada Februari.

Dalam jangka masa 12 bulan sehingga Mac 2017, CPI naik 1.6% bulan lalu berbanding jangkaan kenaikan 1.8% dan peningkatan 2.0% pada Februari.

Inflasi teras (core-cpi) yang tidak mengambil kira makanan dan bahan api naik 0.3% pada Mac berbanding sebelum ini naik 0.4%.

Manakala dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac 2017, inflasi teras naik 1.3% pada Mac berbanding catatan 1.7% sebelum ini.

Dalam laporan polisi monetari Bank of Canada (BoC) bulan ini, bank pusat menjangkakan kadar inflasi akan jatuh menuju ke paras 1.7% dalam beberapa bulan akan datang sebelum meningkat semula ke paras sasaran 2.0%.

Walaupun ada bukti peningkatan dalam inflasi sektor perkhidmatan, data secara keseluruhan masih lagi di bawah jangkaan bank pusat dan tidak akan memberi tekanan kepada BoC untuk mengetatkan polisi.

Dolar Kanada melemah sejurus data ini dikeluarkan dengan Usd/Cad menguat 35 pip. Mesyuarat seterusnya Bank of Canada akan berlangsung pada 24 Mei 2017.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat