Harga Pengguna Kanada y/y Naik 1.20%, USDCAD Jatuh 90 Pip

51

Harga pengguna (CPI) Kanada tidak berubah pada Julai yang mana sejajar dengan jangkaan pasaran. Jika dilihat data pada bulan ini lebih tinggi (0.0%) berbanding dengan kejatuhan 0.1% pada Jun.

Harga teras (Core-CPI) pula tidak berubah pada Julai yang sejajar dengan jangkaan pasaran di mana kadar ini tidak berubah dari segi tahunan di paras 0.9%.

Dengan tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga, harga tidak banyak berubah daripada peningkatan 1.5% dari tahun ke tahun berbanding 1.4% yang dicatat sebelum ini.

Harga tenaga jatuh 0.6% pada tempoh sama dengan bacaan dari tahun ke tahun meningkat 0.3% di mana harga makanan naik 0.6% sepanjang tahun. Namun terdapat kejatuhan dalam harga isirumah sebanyak 0.4%.

Harga barangan secara keseluruhan jatuh 0.2% pada Julai dengan kenaikan 0.1% dari tahun ke tahun di mana harga sektor perkhidmatan naik 0.1% yang menyumbang kepada peningkatan tahunan 2.1% dari 2.4%.

Kenaikan dolar Kanada sejak akhir-akhir ini dijangka akan memberi kesan signifikan kepada tekanan inflasi dalam beberapa bulan akan datang dan hal ini akan menjadi faktor penting yang turut mempengaruhi bank pusat dalam unjuran inflasi mereka.

Dengan bacaan yang agak positif kali ini sudah tentu meningkatkan potensi satu lagi kenaikan kadar tahun ini dalam perancangan bank pusat untuk mengetatkan polisi monetarinya.

Dolar Kanada mengukuh sejurus data ini dikeluarkan dengan USDCAD jatuh sehingga 90 pip setakat pukul 9 malam tadi. Kejatuhan pasangan matawang ini disokong juga oleh faktor kelemahan US dolar yang sedang tertekan oleh faktor risiko polisi dan ketidaktentuan kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat