Harga Pengguna UK, Di Paras Tertinggi Sejak 26-Bulan Lepas

32

Harga pengguna UK (CPI, UK) meningkat 0.5% pada Disember dengan kadar dari tahun ke tahun (year on year, yoy) meningkat dari 1.2% kepada 1.6% yang tinggi dari jangkaan 1.4%. Bacaan ini merupakan inflasi tahunan tertinggi sejak Julai 2014.

Manakala inflasi teras (core-inflation) meningkat dari 1.4% kepada 1.6% berbanding jangkaan 1.4%.

Terdapat peningkatan di hampir kesemua sektor pada bulan sama, dengan harga dalam kategori bukan makanan memberi sumbangan yang agak tinggi kepada kenaikan inflasi pada November, dan tren ini berterusan sehingga Disember.

Sektor yang paling banyak memberi impak kepada inflasi datang daripada harga pengangkutan dengan harga naik sebanyak 2.9% pada bulan sama.

Penyusutan nilai Pound (Gbp) dan peningkatan harga minyak mentah, dijangka memberikan impak yang begitu besar kepada inflasi pada Januari. Terdapat potensi inflasi akan meningkat kepada 3.0% bulan hadapan dengan tren ekonomi semasa di UK.

Walaubagaimanapun, harga output lebih rendah dari jangkaan dan melegakan BoE ketika ini. Peningkatan harga yang mendadak dan berterusan akan memberi tekanan kepada BoE (Bank of England) kepada pengetatan polisi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat