Harga Pengguna UK Meningkat Pada November

44

Harga pengguna di UK (CPI) meningkat 0.2% pada November dengan kadar inflasi tahunan naik sebanyak 1.2% dari 0.9% sebelum ini. Jangkaan penganalisis bagi Indeks Harga Pengguna (CPI y/y) ini ialah 1.1%. Catatan pada hari ini merupakan paras tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1.4% Oktober 2014.

Kadar inflasi teras (core CPI) naik dari 1.2% kepada 1.4% yang lebih tinggi dari jangkaan.

Dari segi bacaan tahunan, terdapat kejatuhan dalam kategori makanan dan minuman, manakala kategori yang lain pertama kali merekodkan kenaikan sejak pertengahan tahun 2014 berikutan peningkatan kos pengangkutan jika dibandingkan dengan November 2015.

Selain itu, terdapat peningkatan dalam harga pakaian yang melonjak bulan lepas tertinggi sejak 6 tahun lalu. Ada juga kenaikan pada harga bahan bakar dan sektor perkhidmatan yang diseimbangkan oleh kejatuhan dalam harga tiket penerbangan.

Penyusutan nilai Pound sejak beberapa bulan lepas akan terus memberikan impak yang begitu signifikan kepada kadar inflasi. Kelemahan matawang ini telah meredakan harga borong bulanan yang akan mengurangkan tekanan ke atas kepada harga pengguna.

Dalam jangka pendek, Bank of England akan terus meneliti keadaan ini dan BoE tidak akan terpengaruh disebabkan keadaan ini dalam penggubahan polisi monetari.

Sejurus data ini dikeluarkan Pound atau GBP dilihat menguat secara signifikan dengan Gbp/Usd naik ke paras 1.2724 dan turun semula dan pada masa ini sedang berada di paras 1.2694.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat