Harga Pengguna US Di Paras Tertinggi 30-Bulan Lepas

34

Harga pengguna di US naik0.30% pada Disember yang menepati jangkaan pasaran, dengan bacaan dari tahun ke tahun (year-on-year) meningkat ke paras 2.1% dari 1.7% sebelum ini dan bacaan ini pula adalah yang tertinggi sejak Jun 2014. Harga bagi keseluruhan 2016 naik 2.10% berbanding 0.70% pada 2015.

Jika tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga (minyak&gas), harga hanya naik 0.20% pada Disember yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Manakala bacaan dari tahun ke tahun pula meningkat sedikit dari 2.10% kepada 2.20%.

Harga makanan tidak berubah sejak enam bulan berturut-turut dengan bacaan harga tahunan susut 0.20%. Harga tenaga pula naik 1.50% pada bulan sama iaitu kenaikan bulan keempat sejak September 2016, dengan kenaikan 5.4% berbanding 2015.

Harga ubat-ubatan pula naik 0.40% dengan 4.70% kenaikan berbanding tahun sebelum. Harga pakaian pula susut 0.70% dengan bacaan tahunan susut 0.10%.

Data ini secara keseluruhan, menggambarkan kenaikan inflasi secara berperringkat di dalam ekonomi US. Dua kunci utama bagi bacaan inflasi beberapa bulan akan datang adalah kesan dari harga minyak mentah dunia dan sama ada terdapat kenaikan mendadak dalam pendapat pekerjaan.

Hal ini akan memberi tekanan kepada harga untuk terus meningkat dan potensi kepada The Fed untuk mengetatkan polisi tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat