Harga Petrol Dan Diesel Dinaikkan Lagi Bermula Tengah Malam Ini

48

Hari Rabu setiap minggu kini menjadi tempoh yang sangat penting di mana setiap rakyat Malaysia menantikan harga terbaru bahan api seperti petrol Ron 95, Ron 97 dan juga Diesel.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh RTM pukul 5 petang Rabu, harga bahan api runcit bagi minggu terbaru dinaikkan sehingga 9 sen bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

Harga siling bagi produk petrol Ron 95 naik lapan sen kepada RM2.24 berbanding harga yang lebih rendah sebelum ini iaitu RM 2.16 seliter dalam tempoh 6 April hingga 12 April.

Manakala Ron 97 dalam tempoh seminggu bermula tengah malam ini akan dinaikkan sembilan sen kepada RM2.52 seliter dari RM 2.43 sebelum ini. Manakala Diesel pula dinaikkan lapan sen kepada RM2.16 dari RM2.08 seliter sebelum ini.

Mekanisma yang diperkenalkan bermula dari 29 Mac ini akan menentukan harga bahan api setiap minggu yang lebih stabil berbanding secara bulanan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, sebelum ini mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat