Harga Petrol Dan Diesel Dinaikkan Sehingga 7 Sen Bermula Tengah Malam Ini

86

Hari Rabu setiap minggu kini menjadi tempoh yang sangat penting di mana setiap rakyat Malaysia menantikan harga terbaru bahan api seperti petrol Ron 95, Ron 97 dan juga Diesel.

Walaubagaimanapun, terdapat ura-ura pihak kerajaan akan memperkenalkan mekanisma penentuan harga minyak yang baru. Laporan mengatakan mekanisma terbaru akan menentukan harga minyak secara harian.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebentar tadi, harga bahan api runcit bagi minggu terbaru dinaikkan sehingga 6 sen bermula pukul 12.01 tengah malam ini dalam tempoh 10 – 16 Ogos.

Harga siling bagi produk petrol Ron 95 dinaikkan 5 sen kepada RM2.12 berbanding harga yang lebih rendah sebelum ini iaitu RM2.07 dalam tempoh (03 Ogos – 09 Ogos).

Manakala Ron 97 dalam tempoh seminggu bermula tengah malam ini juga akan dinaikkan 7 sen kepada RM2.39 seliter dari RM2.32  sebelum ini. Manakala harga Diesel ketika ini pada RM2.05 dinaikkan 1 sen kepada RM2.06.

Mekanisma yang diperkenalkan bermula dari 29 Mac lalu telah menentukan harga bahan api setiap minggu yang lebih stabil berbanding secara bulanan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, sebelum ini mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat