Harga Petrol Dan Diesel Kekal Tidak Diubah Daripada Harga Semasa

65

Rabu setiap minggu kini menjadi tempoh yang penting di mana setiap rakyat Malaysia menantikan harga terbaru bahan api seperti petrol Ron 95, Ron 97 dan juga Diesel.

Walaubagaimanapun, terdapat ura-ura pihak kerajaan akan memperkenalkan mekanisma penentuan harga minyak yang baru. Laporan mengatakan mekanisma terbaru akan menentukan harga minyak secara harian.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebentar tadi, harga bahan api runcit bagi minggu terbaru dikekalkan dan tidak diubah daripada harga semasa bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

Harga siling bagi produk petrol Ron 95 kekal pada harga RM1.97 dalam tempoh (20 Julai – 26 Julai).

Manakala Ron 97 dalam tempoh seminggu bermula tengah malam kekal RM2.22 seliter. Manakala harga Diesel ketika ini pada RM1.96 turut dikekalkan.

Mekanisma yang diperkenalkan bermula dari 29 Mac ini telah menentukan harga bahan api setiap minggu yang lebih stabil berbanding secara bulanan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, sebelum ini mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat