Harga Petrol & Diesel Dijangka Naik 3 Sen Berkuatkuasa Tengah Malam Ini

141

Hari Rabu setiap minggu kini menjadi tempoh yang sangat penting di mana setiap rakyat Malaysia menantikan harga terbaru bahan api seperti petrol Ron 95, Ron 97 dan juga Diesel.

Harga terbaru minyak petrol Ron 95 dan Diesel dijangka naik 3 sen untuk setiap liter bermula 12.01 tengah malam ini.

Minggu lepas, harga petrol RON 95 diturunkan sebanyak 17 sen kepada RM2.13 setiap liter pada permulaan mekanisma baru ini diperkenalkan. Manakala RON 97 diturunkan sebanyak 19 sen kepada RM2.41 sebelum ini.

Ini menjadikan harga bahan api runcit Ron 95 naik kepada RM2.16 seliter dari RM 2.13 sen sebelum ini, manakala diesel naik kepada RM2.08 seliter.

Mekanisma yang diperkenalkan bermula dari 29 Mac ini akan menentukan harga bahan api setiap minggu yang lebih stabil berbanding secara bulanan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, sebelum ini mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat