Harga Sasaran Digi Diturunkan, Isyarat Kurang Baik Buat Pelabur

311

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menurunkan harga sasarannya (TP) untuk Digi.Com Bhd kepada RM4.10 daripada RM4.30 selepas firma penyelidikan itu mengemaskini nilai pendapatan syarikat tersebut dengan lebih rendah.

HLIB dalam notanya hari ini mengurangkan ramalan pendapatan Digi daripada 3% kepada 4% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 (FY20) dan FY21.

Firma penyelidikan berkenaan menjangkakan syarikat telko itu akan memperoleh keuntungan bersih tahunan sebanyak RM1.3 bilion pada FY20 dan RM1.39 bilion pada FY21. Angka itu bagaimanapun rendah berbanding pendapatan diperoleh Digi pada FY19 iaitu sebanyak RM1.43 bilion.

“Sementara menunggu butiran lebih lanjut mengenai program Jendela dan anugerah spektrum, hasil dividen sebanyak 3.8% akan mengekalkan harga sahamnya dalam waktu terdekat,” kata HLIB selain mengekalkan cadangan ‘hold’ untuk Digi.

Jumaat lalu, Digi mengumumkan untung bersih bagi suku ketiga berakhir 30 September 2020 (3QFY20) menyusut 9.9% kepada RM320.76 bilion berbanding RM356.06 pada tempoh sama tahun lalu berikutan penurunan margin akibat pandemik Covid-19 dan kos susut nilai yang lebih tinggi.

Berikutan untung bersih pada 3QFY20 yang kurang memberangsangkan, nilai untung bersih kumulatif Digi pada 9MFY20 menurun sebanyak 13.69% kepada RM940.79 juta berbanding RM1.09 bilion pada tahun lalu.

Pendapatan Digi pada tempoh yang sama juga menyusut 0.59% kepada RM4.59 bilion daripada RM4.62 bilion.

Pada pukul 10.15 pagi, saham Digi didagangkan tidak berubah pada RM3.98. Syarikat itu menyaksikan sahamnya sebanyak 215,000 diniagakan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat