Harga Tenusu Naik 1.7%, Dolar New Zealand Menguat

54

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan kenaikan 1.7% dalam data yang dikeluarkan sebentar tadi, berbanding penyusutan sebanyak 6.3% sebelum ini.

Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) pula merekodkan kenaikan 2.9% berbanding penyusutan 12.4% yang direkodkan sebelum ini. Data ini sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga barangan tenusu.

Harga pada minggu lalu jatuh ke bawah paras tertinggi Mac 2015, dan keupayaan untuk harga naik semula dan berada di atas paras ini akan mempengaruhi sentimen dalam komoditi ini.

Jumlah jualan meningkat 10% berbanding sebelum ini dan peningkatan bekalan dijangka akan terus memberi tekanan kepada harga. Dalam konteks ini perkembangan terkini dalam jualan akan meningkatkan semula keyakinan dalam peningkatan permintaan.

Terdapat bukti di mana bekalan semakin meningkat yang akan mengurangkan keyakinan beberapa minggu lalu. Pihak Kesatuan Eropah meramalkan penghasilan susu di blok tersebut akan meningkat 0.6% pada 2017. Data terbaru dari Amerika juga menunjukkan kenaikan 2.3% sehingga Februari.

Untuk rekod, New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat