Hari Pertama Senheng Berakhir 20% Bawah Harga IPO

906

Adakah ini petanda buruk buat Senheng?

Saham Senheng New Retail Bhd, peruncit barangan elektrik dan elektronik (EE) tempatan ditutup pada 85.5 pada sesi dagangan Selasa (25 Januari 2022) yang mewakili diskaun 21.5 sen atau 20.09% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.07.

Semasa sesi dagangan Selasa Senheng merupakan saham ke-2 paling aktif didagangakan dalam bursa tempatan dengan 163.55 juta saham bertukar tangan.

Jumlah dagangannya bersamaan dengan 10.9% daripada modal saham terbitan sebanyak 1.5 bilion.

Semasa sesi dagangan pagi hari Rabu (26 Januari 2022), Senheng didagangkan aktif pada 87.5 sen.

Pengerusi eksekutif syarikat, Lim Kim Heung, dalam satu sedang media dalam talian berkata rancangan Senheng bagi meraih 30% lagi bahagian pasaran tidak terlalu sukar untuk dicapai selepas IPO kerana ia telah menyaksikan pertumbuhan 2 angka sebelum Covid-19.

Ujar beliau lagi, syarikat tersebut tidak mempunyai rancnagan untuk mengembangkan syarikatnya ke luar negara sebaliknya ingin memberi fokus secara eksklusif di Malaysia dengan matlamat ingin menjadi ‘juara wilayah’ dalam jarak 5 kilometer dari cawangannya.

Dalam pada itu, syarikat peruncit tersebut melaporkan keputusan kewangannya bagi 9 bulan terkumpul yang berakhir 30 September 2021 terdapat peningkatan sebanyak 21.22% dalam keuntungan bersih kepada RM34.05 juta berbanding RM28.09 juta tahun sebelumnya.

Ta Securities dalam notanya menyatakan dengan harga sasaran RM1.21 yang mewakili premium 13.08% atau 14 sen kepada harga IPO sebnayak RM1.07.

Tambahnya lagi, harga IPO RM1.07 akan menilai peruncit EE tersebut berdasarkan nisbah harga-pendapatan tertinggal sebnayak 28.8 kali berdasarkan pendapatan tahun kalendar 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat